Syamsul Yusof Punya Penangan!!

Pengarah prolifik, Syamsul Yusof sememangnya terkenal dengan sentuhan filem bercorak aksi. Namun percubaan pertamanya menerusi filem komedi ...



Pengarah prolifik, Syamsul Yusof sememangnya terkenal dengan sentuhan filem bercorak aksi. Namun percubaan pertamanya menerusi filem komedi romantik, Aku Bukan Tomboy nyata membuahkan hasil yang mengagumkan.

Pendek kata, tidak rugi membuang duit untuk menonton filem yang dibarisi pelakon hebat seperti Scha Al-Yahya, Shaheizy Sam, Syamsul, Salina Saibi, Zarina Zainordin, Sheera Iskandar, Harun Salim Bachik dan Eira Syazira.

Syamsul begitu bijak menyusun plot penceritaan yang berkisar tentang kehidupan seorang wanita berperwatakan kasar iaitu Farisa (Scha) yang digilai dua lelaki dan dua pengkid.



Garapan baik dari plot ke plot, disudahi punchline yang menarik membuatkan filem ini tidak membosan­kan. Meskipun skrip ini ditulis oleh bapanya, Datuk Yusof Haslam, Syamsul dikatakan banyak mencorakkan filem ini mengikut gayanya yang tersendiri.

Pemilihan Scha sebagai Farisa dilihat sangat tepat kerana Scha bijak menghidupkan karakter Farisa dari segi 'kejantanan' namun masih terselit jiwa kewanitaan. Malah Scha pandai mengawal cara percakapan, riak wajah, intonasi suara, dan permainan mata yang cukup berkesan.

Lakonan Shaheizy Sam juga tidak perlu dipertikaikan lagi. Meskipun sering muncul dengan perwatakan komedi dalam filem lakonannya, komedi yang dibawakan Sam dalam filem ini masih boleh diterima. Malah boleh dikatakan filem ini, adalah antara filem paling ringan buat Sam kerana dia tidak banyak bermain dengan emosi.

Kehadiran pelakon Harun Salim Bachik, walaupun untuk seketika cukup meninggalkan kesan dan menggeletek hati penonton. Begitu juga dengan Salina dan Zarina, yang membawakan watak pengkid. Biarpun hadir hanya untuk beberapa babak, Salina dan Zarina berjaya menghidupkan watak pengkid yang dibawa oleh mereka.

Dari teknik sinematografinya pula, sentuhan Syamsul tidak perlu dipertikaikan lagi. Namun dari segi dialog, filem ini kurang sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak kerana beberapa ayat yang kedengaran agak kasar dalam filem ini.

Namun kesudahan yang sedikit tergantung mungkin mencetuskan rasa tidak puas hati atau rasa teruja penonton untuk menantikan, apakah kesudahan sebenar filem ini.

Filem ini mengisahkan tentang Farisa atau Eisha yang mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berperwatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu.

Harry, seorang jurujual jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa berasa tergugat apabila Burn muncul sebagai saingan yang mencetuskan perebutan.

Dalam masa sama, Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka.

Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaan Farisa?
Oleh : SITI SYAKILA ZAILANI

COMMENTS

Nama

Aaron Aziz,1,Abby Abadi,1,Abhishek Bachchan,2,AC Mizal,1,Acha Septriasa,1,Adda,1,Adira,1,Agni Pratistha,1,Ahmad Jais,1,Aimie Harmelia,3,Aishwarya Rai,3,Aizat,1,Akademi Fantasia,2,Aku Bukan Tomboy,1,Alexa Key,1,Ally Iskandar,2,Almy Nadia,1,American Idol,1,Amitabh Bachchan,1,Ammar Alfian Aziz,2,Amy Search,2,Amy Yip,1,Anak Artis,7,Anang,2,Angelina Jolie,1,Anuar Zain,2,Anugerah Industri Muzik,3,Anugerah Skrin,3,Arianie,1,Artis Barat,7,Artis Bengang,4,Artis Bercinta,18,Artis Berdamai,1,Artis Bertudung,6,Artis Bertunang,3,Artis Bollywood,5,Artis Buat Hal,5,Artis Buat Kejutan,4,Artis Buat Kerja Amal,1,Artis Cerai,10,Artis Curang,1,Artis Dapat Cahaya Mata,2,Artis Gaduh,7,Artis Hamil,2,Artis Indonesia,5,Artis Insaf,3,Artis Kahwin,27,Artis Keguguran,1,Artis Kemalangan,2,Artis Kena Fitnah,3,Artis Kena Pukul,1,Artis Kena Saman,2,Artis Kena Tangkap,1,Artis Kena Ugut,1,Artis Khalwat,1,Artis Kontroversi,21,Artis Main Dadah,1,Artis Malaysia,136,Artis Menang,8,Artis Menang Kes,2,Artis Mendapat Hidayah,2,Artis Meninggal Dunia,5,Artis Nasyid,1,Artis Otai Popular,1,Artis Putus Cinta,12,Artis Putus Tunang,3,Artis Sakit,1,Artis Syok Sendiri,1,Artis Tengah Hot,2,Artis Terima Anugerah,1,Artis Terkilan,3,Artis Terlampau,8,Artis Terpilih,1,Artis Tipu,1,Arumi Bachsin,1,Ashanty,2,Ashraf Muslim,1,Astro,2,Awal Ashaari,1,Ayu Azhari,1,Azwan Ali,1,Badai Semalam,1,Bermadu,1,Betty Benafe,1,BIG BROTHER,1,Bunga Zainal,1,Bunohan,1,Carrie Ng,1,Cathy Sharon,1,Chef Riz,1,Chef Wan,1,Chingmy Yau,1,Cynthiara Alona,2,Dahlia Teck,3,Datuk K,1,David Beckham,1,Dewi Persik,1,Diana Danielle,2,Didie Alias,1,Dira Abu Zahar,1,Drama Juvana,1,Edry Abdul Halim,2,Ekin,1,Elia,2,Elly Mazlein,1,Emma Watson,1,Enot,1,Erra Fazira,2,Ezlynn,1,Faezah Elai,2,Faizal Hussein,1,Faizal Ismail,1,Fara Fauzana,2,Farah AF2,1,Farid Kamil,4,Fasha Sandha,3,Fauzi Nawawi,2,Festival Filem Malaysia,3,Fida Ibrahim,4,Fizz Fairuz,1,Foto dan Gosip Artis,33,Gadis Melayu,1,Gambar Anak Artis,4,Gambar Artis Seksi,25,Gosip Anak SMU,5,Gosip Artis,38,Gosip Artis Barat,12,Gosip Artis Bollywood,3,Gosip Artis Film,24,Gosip Artis Hollywood,7,Gosip Artis Indonesia,34,Gosip Artis Mandarin,10,Gosip Artis Sinetron,14,Gosip Bintang Porno,15,Gosip Infotainment,15,Gosip Nakal,11,Gosip Olahraga,2,Gosip Pasutri,4,Gosip Politikus,4,Gosip Selebritis,15,Gosip Televisi,1,Gosip TKW,1,Hafiz,1,Hantu Bonceng,1,Hasnah Haron,1,Hattan,2,Hazama,1,Heykal Hanafiah,1,Hot FM,1,Innuendo,1,Intan Ladyana,1,Intan Nuraini,1,Iqram Dinzly,2,Irene Wan Bik-ha,1,Irfan Bachdim,2,Irma Hasmie,1,Irwansyah,1,Istana Budaya,1,Izreen Azminda,1,Jambu,2,Jasmin Hamid,2,Jason Lian,1,Jeffri Hudi,1,Jennifer Kurniawan,1,Jennifer Lopez,1,Jep (Sepah),1,Jimmy Shanley,6,Johan As'ari,1,Jozan,1,Julia Perez,1,Julia Ziegler,1,Justin Bieber,2,Kamal Adli,1,Kareena Kapoor,1,Kate Middleton,2,Katy Perry,1,Kemelut Persatuan Artis,2,Kemelut Rumah Tangga Artis,5,Khairul Fahmi,4,Kilauan Emas Astro,1,Kim Kardashian,1,KL Gangster,2,Klip 3GP,1,Kongsi,1,Kris Dayanti,1,Krisdayanti,1,Lady Gaga,1,Lauren Alaina,1,Linda Jasmine,1,Lisa Surihani,1,Lisdawati,4,Liyana Jasmay,1,Loretta Lee,1,Maharaja Lawak,3,Maharaja Lawak Mega,1,Mahyon Ismail,1,Mak Ka-Kei,1,Mamat (Sepah),4,Marc Anthony,1,Mari Menari,1,Marion Caunter,1,Marsha AF3,2,Marshanda,2,Mawi,1,Mayangsari,1,Memey,3,Mentor,1,Mesti Tonton,1,Miera Leyana,1,Mimifly,1,Mizz Nina,1,Mohd Ali Norpiah,1,Nabil,2,Nabil Raja Lawak,4,Nabila Huda,4,Nadia Heng,1,Nadia Mustafar,2,Nadiya Nisaa,1,Nash,1,Nazirah Ayub,1,Neelofa,5,Noh Hujan,1,Noraniza Idris,2,Norman Hakim,3,Nur Aishah Zainal,1,Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimi,6,Nurul AF2,2,Nurul Syuhada Nurul Ain,1,Okie Agustina,1,Olla Ramlan,1,One Nation Emcees,1,Pasangan Sarah,1,Pauline Chan,1,Pecah Panggung,7,Pembedahan Plastik,1,Pian Cecupak,1,Preity Zinta,1,Priyanka Chopra,1,Puteri Sarah Liyana,2,Qi,2,Que Haidar,1,Rabecca Nur Islam,1,Rachel Azhari,1,Rahma Azhari,1,Raja Azmi,2,Rani Mukherjee,1,Ratu Cantik,1,Raul Lemos,1,Rihanna,1,Roslin Hashim,1,Rozita Che Wan,5,Ruffedge,1,Ruhut Poltak Sitompul,2,Rumah Siap Pahat Berbunyi,3,Saida,2,Salih Yaacob,3,Salma,1,Sandra Dewi,2,Sarah Azhari,1,Sarah Jessica Parker,1,Scotty McCreery,1,Selebriti Sukan,5,Selena Gomez,2,Senario,1,Sepah,3,Shafnie,1,Shaheizy Sam,2,Shahir,2,Shahrin (Blackrose),2,Shahz Jaszle,2,Shakti Kapoor,1,Sharifah Aini,1,Shida Harmi,1,Shireen Sungkar,1,Shu Qi,1,Shuib (Sepah),1,Shuib (Sepahtu),1,Shy8,1,Siti Nordiana,1,Siti Nurhaliza,1,SM Nasarudin,1,Syafiq Yusof,1,Syahrini,1,Syamsul Yusof,3,Syella Kamaruddin,1,Tauke Raja Lawak,1,Teater,1,Teuku Wisnu,1,Tiara Lestari,1,TV3,2,Tya Ariestya,1,Uli Auliani,1,Ummi Hafilda,1,Usop Wilcha,1,VE,1,Veronica Yip,1,Victoria Beckham,2,Video,10,Vidya Balan,1,Widi 'Vierra',2,Yasmin Hani,2,Yassin,1,Yuna,5,Yus,1,Yusry KRU,1,Yvonne Yung Hung,1,Zami Ismail,1,Zarina Anjoulie,3,Zul Ariffin,1,
ltr
item
sebarkan hot: Syamsul Yusof Punya Penangan!!
Syamsul Yusof Punya Penangan!!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgU-U_ZJfvy7T-1e8rM2RVob16mYmpaqyxsmSDxWasP3jBEUm2vo6WXh9RGfU9ApOhVt01ybb_9r-eyriy3JFLKD8p6QPcUTDQoJA2VxMhTsOcj7Hxa04YC832WclToSNgeQoEzydBOjlU/s1600/Syamsul+Yusof+menang.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgU-U_ZJfvy7T-1e8rM2RVob16mYmpaqyxsmSDxWasP3jBEUm2vo6WXh9RGfU9ApOhVt01ybb_9r-eyriy3JFLKD8p6QPcUTDQoJA2VxMhTsOcj7Hxa04YC832WclToSNgeQoEzydBOjlU/s72-c/Syamsul+Yusof+menang.jpg
sebarkan hot
https://sebarkanhot.blogspot.com/2011/11/syamsul-yusof-punya-penangan.html
https://sebarkanhot.blogspot.com/
http://sebarkanhot.blogspot.com/
http://sebarkanhot.blogspot.com/2011/11/syamsul-yusof-punya-penangan.html
true
7623057904692070676
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy